saat terlerai ikatan cinta kepada AJNABI
📝 _SAAT TERLERAI IKATAN CINTA KEPADA AJNABI🌹 . Jiwa ini, Bagai terperosok jauh ke dalam lembah kehinaan, Dijemput dan dialu-alukan kehadirannya, Bagai tiada sedikit pun rasa berdosa, Di ketika itu, Rahmat Allah berpaling tanpa diundur.. . Cinta, Kerana kau aku lalai, Kerana kau aku leka, Kerana kau aku gagal, Gagal menjadi hamba yabg taat.. . Tetapi, Kau perlu tahu, Kerana kau juga, Mampu hadirkan Penciptaku di hatiku.. . Wahai Ajnabi, Jangan kau seksa, Jiwa dan ragaku ini, Demi kepuasan nafsumu, Demi melunaskan dahaga batinmu.. . Duhai Hawa, Letak tangan didadamu, Istighfar sebagai pengganti pil tahan sakitmu itu, Jangan kau tergelongsor, Di jalan-jalan, Yang dibina untuk menghancurkanmu.. . Sungguh aku terpana, Saat ikatan itu terlerai, Baru ku tahu, Betapa cinta hakiki itu, Hanya pada Tuhan yang satu.. . Kepadamu ajnabi, Bukan aku tak boleh mencintai mu, Tetapi, Kerana batasan syariat itu, Melarangku mendekatimu, Ta...