saat terlerai ikatan cinta kepada AJNABI
📝 _SAAT TERLERAI IKATAN CINTA KEPADA AJNABI🌹
.
Jiwa ini,
Bagai terperosok jauh ke dalam lembah kehinaan,
Dijemput dan dialu-alukan kehadirannya,
Bagai tiada sedikit pun rasa berdosa,
Di ketika itu,
Rahmat Allah berpaling tanpa diundur..
.
Cinta,
Kerana kau aku lalai,
Kerana kau aku leka,
Kerana kau aku gagal,
Gagal menjadi hamba yabg taat..
.
Tetapi,
Kau perlu tahu,
Kerana kau juga,
Mampu hadirkan Penciptaku di hatiku..
.
Wahai Ajnabi,
Jangan kau seksa,
Jiwa dan ragaku ini,
Demi kepuasan nafsumu,
Demi melunaskan dahaga batinmu..
.
Duhai Hawa,
Letak tangan didadamu,
Istighfar sebagai pengganti pil tahan sakitmu itu,
Jangan kau tergelongsor,
Di jalan-jalan,
Yang dibina untuk menghancurkanmu..
.
Sungguh aku terpana,
Saat ikatan itu terlerai,
Baru ku tahu,
Betapa cinta hakiki itu,
Hanya pada Tuhan yang satu..
.
Kepadamu ajnabi,
Bukan aku tak boleh mencintai mu,
Tetapi,
Kerana batasan syariat itu,
Melarangku mendekatimu,
Tanpa ikatan yang padu,
Sesuai mengikut kehendak Tuhanku..
.
Cintaku,
Akan aku pertahankan,
Demi maruah agamaku,
Keluarga dan masyarakat..
Aku akan cuba,
Pagarinya dengan sifat maluku,
Agar kau dapat mendekatiku,
Saat *ikatan suci dan halal* itu,
Mengiringi cintamu padaku..
.
Maafkan aku,
Ikatan ini terpaksa ku leraikan,
Demi cinta ilahi,
Yang tiada tolok bandingnya..
.
Terima kasih,
Kerana kau memahami,
Kehendak hatiku,
Selari syariat yang digariskan padaku,
Sebagai,
Bidadari syurgamu...
.
Salam kasih sayang dariku,
Buatmu,
Bakal yang halal untuk aku,
Si Muslimah
.
@bunga @niqabis
Comments
Post a Comment